Make your own free website on Tripod.com

Dr Chua Yan Piaw - Nota Lecture (KPLI-R)

Konsep Psikologi & Perkembangan | Fitrah Manusia | Falsafah Pendidikan

Personaliti | Bimbingan | Komunikasi | Peranan Guru

 

KONSEP BIMBINGAN

• Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dab cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan.

• Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya:
• - bimbingan ialah suatu proses
• - proses menolong
• - proses pengajaran

Definisi Bimbingan

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan

• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.

Pendekatan Bimbingan

Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis

Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality


 

BENTUK PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

 


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN B&K

• 1. PERKHIDMATAN KAUNSELING

• a). Kaunseling individu atau kelompok.
• - pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
• - rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
• - kerjaya, pelajaran, dan peribadi.
• - tidak turut serta dalam ko-kurikulum.
• - masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan menggunakan dadah atau bahan inhalen

• b). Kaunseling keluarga
• - jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .

• c). Kaunseling tunjuk ajar
• - guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam pengguaan dadah dan inhalen.


• 2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN
• - Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang mengandungi aktiviti terancang dan tersusun

• 3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.
• - sistem fail
• - rekod
• - dokumentasi

• 4. PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT.
• - pendidikan pencegahan dadah
• - latihan dan kerjaya
• - sosial dan peribadi


• 5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN
• - membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.
- penempatan pekerjaan
• - penempatan IPT dan IPTS

• 6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH
• - memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah
• - membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program pencegahan penggunaan dadah.

• 7. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN
• - membantu bekas pelajar
• - membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah
• - membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar
• - membuat rujukan

• 8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA
• - memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.

• 9. PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS
• - menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar
• - merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada komuniti luar.

• 10. PERKHIDMATAN PENILAIAN
• - membuat penilaian aktiviti bimbingan
• - menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah

Proses bimbingan kaunseling
 

Proses B & K
• Permulaan : bersedia dan memulakan perhubungan

• Penjelasan :menyatakan masalah dan kesedihan serta sebab-sebab mendapatkan pertolongan

• Menstrukturkan : membuat kontrak dan struktur

• Membina perhubungan

• Penerokaan : meneroka masalah, merumus matlamat, merancang strategi, mengutip fakta, melahirkan perasaan yang lebih dalam, mempelajari kemahiran baru

• Pengukuhan : meneroka alternatif, menjelajah perasaan, mengamal kemahiran-kemahiran baru

• Perancangan : membuat pelan tindakan dengan menggunakan strategi untuk selesai konflik, mengurangkan perasaan yang menyayat hati, mengukuhkan kemahiran

• Penamatan : menilai hasil-hasil dan menamatkan perhubungan

Kemahiran B&K:

Kemahiran mendengar :

• Memberi perhatian : kontek mata, jarak, cara duduk, gerak geri, berbahasa
• Memparafrasa : menyatakan kembali mesej dengan cara yang mudah
• Menjelaskan : menyusun semula, meringkaskan
• Memeriksa persepsi : minta maklum balas tentang ketepatan pendengaran dan pemahaman anda.

Memimpin :

• Memimpin secara tak langsung: apakah yang ingin anda bincangkan?
• Memimpin secara langsung : ceritakanlah lagi mengenai hubungan anda dengan ayah.
• Memberi fokus : menumpukan perbincangan kepada perkara yang difikirkan berfaedah
• Menyoal : soalan-soalan terbuka, soalan-soalan berkaitan perasaan, soalan ke arah penjelasan bukannya meminta maklumat.

Refleksi

• Isi : pernyataan semula idea-idea penting
• Pengalaman : memberi perhatian kepada gerak geri tubuh
• Perasaan : memberi fokus kepada perasaan

Merumuskan

• Beri perhatian kepada tema dan nada emosi
• Susunkan idea dan perasaan-perasaan penting
• Jangan tambah idea baru
• Minta juga klien merumuskan

Konfran
• Menghurai perasaan
• Menyatakan perasaan
• Memberi maklum balas
• Mengulang
• Mengait

Mentafsir
• Perhatikan mesej-mesej asas
• Parafrasakan mesej ini
• Tambahkan kefahaman anda tentang mesej yang tersirat ini.
• Dapatkan tindak balas dari klien untuk membantu membuat tafsiran
• Matlamat ialah untuk membantu klien membuat tafsirannya sendiri



 

Peranan Guru Biasa Dalam Bimbingan dan Kaunseling

• mengumpul maklumat tentang murid-murid.
• mengenal pasti murid-murid yang bermasalah.
• membekalkan maklumat dan maklumbalas kepada guru pembimbing berkenaan keperluan dan keberkesanan program bimbingan.
• memberi bimbingan permulaan kepada murid.
• biasakan murid-murid dengan perkidmatan bimbingan yang disediakan oleh pihak sekolah.
• menyediakan sokongan dan bantuan untuk program bimbingan di sekolah.
• sentiasa mengemaskini rekod murid-murid dalam bilik darjah.
• membentuk perhubungan yang baik dengan murid-murid.
• sentiasa sensitif dan memahami kehendak murid-murid.
• bantu murid-murid membentuk nilai-nilai dan sikap yang positif.
• merujuk murid-murid yang bermasalah serius kepada pakar / guru kaunseling.

 

 

Tingkah Laku Bermasalah


Tingkahlaku yang tidak diingini dalam sekolah.

Tiga jenis tingkahlaku bermasalah:

1. Tingkahlaku bermasalah minor: ganggu guru, tidak buta kerja rumah, bercakap pendidikan waktu tidak sesuai dll.

2. Tingkahlaku bermasalah major: sering mengganggu aktiviti kelas, mencabar guru, enggan mematuhi arahan,brtengkah, suka membuli, mencuri, merosakkan harta sekolah.

3. Tingkahlaku bermasalah kronik: tingkahlaku berterusan dan sukar berubah: perlakuan anti sosial, anti peraturan sekolah, tingkahlaku destruktif, merampas barangan orang lain, ponteng, pengasingan diri, bergaduh dan tingkahlaku samseng, vandalisme dll.

 

Tingkah laku kurang sihat

Biasanya tingkah laku terlalu aktif atau terlalu pasif

 


Tingkah laku bermasala


Positif

? Tingkah laku ingin tahu (tersangat)
? Cepat belajar
? Pintar cerdas
? Proaktif Negatif

? Tingkah laku destruktif
? Tingkah laku disruptif
? Tingkah laku bergantung
? Bimbang Hiperaktif
? Murung
? Pengunduran diri/ Pengasingan diri


Cara Medngenalpasti Murid-Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku

1. KAEDAH BERASASKAN UJIAN

a. Ujian psikologi – mengenalpasti masalah gangguan emosi, seperti ujian EQ, ujian personaliti dll.
b. ujian Diagnosik – ujian untuk mengenalpasti komponen-komponen masalah tingkahlaku tertentu.

2. KAEDAH BUKAN UJIAN

a. pemerhatian – memerhati dan merekod tingkahlaku bermasalah secara sistematik.
b. temuduga – menemuduga ibubapa, rakan dan guru-guru untuk mengenalpasti masalah murid tertentu.
c. kaedah penyelidikan – melakukan kajian tindakan tentang maslaah dan cara mengatasinya.

3. KAEDAH KAJIAN

a. kajian kes – mengkaji kes-kes tertentu untuk mengetahui lanjut tentang masalah, punca dan cara mengatasinya.
b. kajian dokumen – mengenalpasti masalah murid melalui dokumen seperti rekod kemajuan, laporan disiplin, kehadiran dll.
c. kajian rentasan – mengkaji sukumpulan murid-murid yang dapat mewakili semua murid, untuk mengenalpasti norma-norma tingkahlaku kumpulan tersebut.
d. kajian menegak (longitudinal) – mengikuti perkembangan murid-murid untuk jangka masa panjang.

Teknik Menguruskan Tingkahlaku Bermasalah

a. Teknik menggunakan alat pengukuran personel – menggunakan kaedah fizikal seperti mimik muka, gerak badan positif, galakkan, senyuman ekspresi muka untuk mengurangkan tingkahlaku bermasalah.

b. teknik pencegahan –

mencegah tingkahlaku bermasalah dengan cara

• mengwujudkan persekitaran kondusif dalam bilik darjah,
• patuh rutin bilik darjah,
• membentuk peraturan yang sesuai dan boleh diterima murid-murid,
• menjadi model tingkahlaku dalam kelas,
• menggalakkan tingkahlaku positif dalam bilik darjah.

c. teknik pembetulan -
membetulkan tingkahlaku bermasalah dengan cara
• menggunakan hukuman yang sesuai dan telah dipersetujui murid-murid.
• menghentikan tingkahlaku bermasalah dengan menukar tempat duduk murid-murid bermasalah tingkahlaku.
• jelaskan hak-hak murid-murid dldm bilik darjah supaya mereka jelas dengan tanggungjawan diri sendiri.
• aplikasi alat pengukuran personal seperti ekspresi wajah untuk tingkahlaku bermasalah.
• membimbing perlakuan tidak baik ke arah positif dengan memberi pujian kepada tingkahlaku yang positif.

Tingkah Laku Destruktif

? Tingkah laku destruktif - 10 hingga 14 tahun yang bersikap terlalu agresif.

? Tingkah laku destruktif boleh dipelajari.

Jenis-jenis Tingkah laku destruktif:
? Permusuhan nyata,
? Vandalisme: merosakkan kerusi, meja, peralatan, telefon awam
? Aktiviti kumpulan liar,
? Amalan tumbuk-menumbuk,
? Mengugut,
? Mencalar kereta atau moto¬sikal guru,
? Menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah.


Punca:
? Dipelajari daripada individu yang berhampiran
? Dipelajari daripada sikap masyarakat
? Dipelajari daripada televisyen, movie

Bagaimana Mengurangkan Tingkah laku Merosakkan (Destruktif)

1 Beri perhatian kepada tingkah laku tersebut. Cari punca masalahnya.

2 Elakkan hukuman secara fizikal terhadap pelajar

3 Mengasingkan pelajar tersebut, tidak membenarkan ia mengambil bahagian untuk se¬mentara waktu.

4 jika pelajar perlu dihukum, terangkan sebab hukuman dijalankan. “Awak tidak boleh… “ perlu ditukar kepada "Oleh kerana awak …, awak di…”.
5 Ajar pelajar menyalurkan perasaan marah ke¬pads sesuatu yang membina. Misalnya, membawa buku-buku latihan ke bilik guru, membuat tugas membersihkan kelas.

6 Selalu menanamkan nilai murni dalam pelajar.

7 membenarkan pelajar yang marah meluahkan perasaannya. Membimbing pelajar untuk menyedari kesan buruk akibat tindakannya. “apakah akibat jika kamu bergaduh…”

8 Tunjukkan sikap mengambil berat dan ingin ambil tahu tentang tingkah laku negatif pelajar berkenaan.

9 Sediakan suasana yang menyokong dan bukannya menghukum.

10 Bantu pelajar menikmati kejayaan-kejayaan kecil di dalam bilik darjah - menanamkan perasaan di¬hargai dalam diri pelajar berkenaan.

11 Cuba kenal pasti punca masalah berkenaan. jalankan analisis ke atas tiiigkah laku yang negatif itu dan cuba memahami secara mendalam faktor-fakto yang menyebabkannnya.

12 Kaji rangkaian peristiwa yang menyebabkan tingkah laku yang agresif itu.

13 Pastikan pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang agresif tidak akan mendapat sebarang ganjaran.


Tingkah Laku Disruptif

Tingkah laku disruptif - menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis tingkah laku disruptif:
? Tingkah laku hiperaktif
? kebisingan
? pergerakan pelajar yang tidak perlu
? mengganggu rakan sedarjah
? gelak ketawa yang amat kuat
? kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk menumbuk dalam kelas.
? Bimbang
? Murung
? Pengunduran diri
? Pengasingan diri

Punca:
1 Kaedah pengajaran guru yang kurang menarik.

2 Keadaan fizikal yang kurang sesuai - bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai pelajar.

3 Suasana sosioemosi yang kurang sihat - terdapat klik-klik (kumpulan-kumpulan kecil yang tertutup).
4 Terdapat pelajar yang kurang sihat - tidak dapat menumpukan perhatian terhadap peng¬ajaran guru.

5 Sifat guru yang kurang tegas - menggalakkan timbulnya tingkah laku bermasalah.

6 Arahan yang kurang jelas - menimbul¬kan kekeliruan di kalangan pelajar


Cara-cara Mengatasi Tingkah Laku Disruptif

1 Ketika memberi tugasan, pastikan arshan yang diberikan jelas - memudahkan pelajar melaksana¬kan tugasan yang diberi.

2 Terangkan objektif setiap tugasan. Kefahaman tentang objektif akan memotivasikan pelajar ke arah pencapaianaya.


3 Pastikan tugasan yang diberi mencukupi dan mencabar.

4 Pastikan peraturan-peraturan bilik darjah mudah dan teratur.

5 Guru tidak boleh bersifat pilih kasih.

6 Elak daripada mengutuk pelajar di depan pelajar lain.

7 Elakkan daripada menghukum seluruh kelas jika hanya beberapa pelajar yang melaku salah.

8 Jangan menyindir – ia menimbulkan keinginan membalas dendam pelajar.

9 Jangan menengkin atau berleter. Suasana yang tegang tidak menggalakkan pengajaran dan pembelajaran.


10 Beri pujian jika pelajar melakukan sesuatu yang baik.

11 Dengar masalah pelajar, amalkan pengajaran yang lebih humanistik

12 Bersikap tegas dan adil ketika menguatkuasakan peraturan kelas.

13 Beri peluang untuk pelajar meluahkan perasaan mereka – pelajar yang puas hati ialah pelajar yang sihat dan produktif.


Tingkah laku bermasalah positif

? Tingkah laku ingin tahu (tersangat)
? Cepat belajar
? Pintar cerdas
? Proaktif
Punca:

? Pelajar bertindak segera sebelum memdapat arahan – contoh, melakukan eksperimen

? Pelajar ingin menunjukkan kepandaian


Cara menangani tingkah laku bermasalah positif

1. Merancang projek individu yang lebih mencabar kepada pelajar tersebut

2. Sediakan aktiviti pengayaan
? menegak – kesukaran tinggi
? mendatar – banyak soalan pada kesukaran yang sama

3. Pelajar digalakkan membuat bacaan atau penulisan tambahan

4. Galakkan pelajar terlibat diri dalam hobi-hobi kreatif dan menarik

5. Meminta pelajar ini membantu rakan-rakan yang lembab, di bawah bimbingan guru kelas

6. Tekankan kepentingan mematuhi peraturan kelas.

7. Beri tanggungjawab tambahan kepada pelajar-pelajar ini.

Implikasi tingkah laku bermasalah dalam pembelajaran

? Guru perlu menyedari keadaan dalam bilik darjah

? Guru perlu lebih memahami masalah dan keperluan pelajar

? Guru perlu membina kemahiran sosial dan komunikasi pelajar yang lebih berkesan
? Guru perlu menggunakan cara yang sesuai untuk menangani tingkah laku bermasalah yang pelbagai

? Guru perlu membantu membina keyakinan diri pelajar ke arah sikap yang lebih sihat

? Guru perlu membina suasana bilik darjah yang lebih sihat ke arah mengwujudkan keharmonian kelas


Tugasan

Cari keratan akhbar – 3 contoh
1. Tingkah laku bermasalah Destruktif
2. Tingkah laku bermasalah Disruptif
3. Tingkah laku bermasalah positif

Bincangkan kesan dan tindakan yang perlu diambil untuk menanganinya.


Implikasi Tingkahlaku Bermasalah Ke Atas Proses Pengajaran & Pembelajaran

• Tingkahlaku bermasalah boleh ditangani dengan menggunakan kaedah yang betul.

• Guru perlu mengenalpasti masalah tingkahlaku supaya boelh menggunakan keadah modifikasi tingkahlaku yang sesuai.

• Guru perlu menyediakan proses pengajaran & pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajar

• Guru perlu menyediakan persekitaran kondusif untuk belajar.

• Menanam sikap / nilai positif dalam diri murid-murid

• Memupuk semangat bertanggungjawab dan berpasukan dalam kelas.