Make your own free website on Tripod.com

Dr Chua Yan Piaw - Nota Lecture (KPLI-R)

Konsep Psikologi & Perkembangan | Fitrah Manusia | Falsafah Pendidikan

Personaliti | Bimbingan | Komunikasi | Peranan Guru

Personaliti
 

Maksud / Definisi Konsep Personaliti:
• Sahsiah perangai, intelek dan fizikal seseorang yang menentukan penyesuaian diri yang unit terhadap persekitarannya.

• corak tingkahlaku yang unik termasuk pemikiran dan emosi yang mencirikan cara seseorang individu mengadaptasikan dirinya dengan kehidupan.

Konsep Personaliti:

1. Temperamen
pembawaan dalam diri seseorang yang berkaitan dengan pembawaan emosi (yang berbeza dengan orang lain), ia ditentukan juga oleh tindakbalas persekitaran, seperti suasana kegembiraan dan ketidakpuasan.

2. Perwatakan

Kualiti yang ditentukan oleh pembentukan sikap dan nilai, sama ada diterima atau ditolak oleh masyarakat. seperti jujur, kebolehan mengawal emosi, ketekunan, sikap dll.

Klasifikasi Personaliti

1. Ekstrovert
• Mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang lain.
• Suka bercakap, peramah, mudah bergaul, tidak boleh diharapkan, optimis, suka excitment, suka aktiviti sosial.

2. Introvet
• Mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi dalam menerokai dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan, pengalaman seseorang.

• Suka berseorangan, merenung, aktiviti solo, tekun, malu, berpandangan hidup pesimistik.

3. Ambivert

• Memiliki kedua-dua personaliti ekstrovet dan introvet.


Peranan guru membentuk personaliti positif terhadap anak muridnya.

• Pastika murid-murid mengambil bahagian aktif dalam aktiviti kelas.
• Menggunakan teknik pengajaran & pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajar.
• Menggunakan bbm yang dapat menarik perhatian murid-murid.
• Banyakkan aktiviti kumpulan dalam kelas.
• Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang berpersonaliti introvet.
• Dedahkan murid kepada aktiviti luar


Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti

A. Al-Ghazali
tiga faktor mempengaruhi personaliti
1. Hati

Hati
– Rohani manusia yang berpusat kepada naluri rasional. Sejauh mana hati menghayati risalah Allah menentukan kualiti hati individu.

Terdapat 3 jenis hati yang membentuk personaliti berbeza:

a. Hati qalbun: belum kukuh dengan tuntutan agama memerlukan akal untuk memandu ia bertindak

b. Hati faadun: hati individu yang yang sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah.

c. Hati lubbun: hati yang kukuh dpt hirkan cetusan hati yang rasional dan ikhlas untuk membimbing akal.

2. Nafs

Nafs: Tabii keinginan

Nafs yang membentuk personaliti berbeza:
1. Nafs ammarah: individu yang bertindak mengikut runtuhan nafsu hinggaa bersifat kejahatan dan kerosakan.
2. Nafs mutmainnah: dapat menahan runtuhan nafsu syahwat dan mencapai ketenangan.

3. Nafs mardiah: individu yang lemah lembut tutur kata, menerima penuh atas ketentuan Allah dan bersyukur, merasa puas dengan apa yang ada.

4. Nafs kamilah: hanya diperoleh oleh para rasul yang mempyunyai sifat sempurna.


3. Akal

akal:
Anugerah Allah kepada manusia. Keupayaan intelek yang membolehkan manusia berfikir secara rasional.

Terdapat 3 jenis akal yang membentuk personaliti berbeza:

a. Akal biasa – percaya pada apa yang dilihat dan menolak perkara yang abstrak.
b. Akal taakul – menganalisis berdasarkan sebab-musabab, jenis akal yang sederhana.
c. Akal tadabbur –berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan kekuatan imanan, akal berkualiti tinggi.

Interaksi antara Hati, Nafs dan Akal:

Akal tadabbur Hati lubbun Nafs mardiah
Personaliti Unggul

Akal taakul Hati faadun Nafs mutmainnah
Personaliti Seimbang

Akal biasa Hati qalbun Nafs ammarah
Personaliti Celebu

B. Teori Freud

Personaliti terdiri daripada 3 struktur: Id, Ego, Superego.
1. Id

– Berkait dengan desakan naluri biologi manusia yang merangsang seseorang melakukan tingkahlaku di bawah sedar.

– Disebabkan tekanan dalaman dan luaran yang tidak selesa, Id cuba mengurangkannya melalui prinsip keseronokan, iaitu melakukan apa sahaja yang boleh menyebabkan keseronokan tanpa membuat penaakulan secara logik.

2. Ego
– Komponen yang berupaya membuat keputusan, dikawal oleh prinsip realiti seseorang.

– Ego beroperasi secara realistik, memikirkan secara logik serta perancangan yang sesuai.

3. Superego

mengutamakan moral dan nilai yang menjadi unsur dalaman seseorang individu.

Ia dapat membuat penilaian betul / salah, baik/ jahat berdasarkan pegangan moral dan nilai untuk mencari kesempurnaan dalam hidup.

Contoh interaksi antara id, ego dan superego:
1. Atas dorongan Id, pelajar melakar dinding sekolah: keseronokan diri tanpa memikirkan secara rasional.

2. Berdasarkan pertimbangan moral dan nilai superegonya, pelajar merasa perbuatan melakar dinding sekolah adalah tidak betul.

3. Ego berfungsi (secara logik) untuk mengarah pelajar daripada melakar dinding.

 


 

Konsep Kendiri

• Cara seseorang melihat dan menerangkan dirinya.

• Dihasilkan oleh struktur kognitif yang memberi gambaran serta kepercayaan siapa dirinya yang sebenar.

Jenis-jenis konsep kendiri:

1. Konsep kendiri positif
• Seseorang yang dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran dengan mudah.

2. Konsep kendiri negatif
• Seseorang yang tidak dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran dengan mudah. mempunyai masalah menerina dirinya serta tidak dapat menyesuai diri dengan orang lain.


Cara guru membantu murid-murid membentuk konsep kendiri positif

• Menerima murid-murid sebagai manusia biasa.

• Sentiasa membuat murid-murid merasa mereka berharga dan bersifat ingin belajar.

• Mengingatkan pelajar bhw mereka mempunyai kemahiran dan keupayaan seperti orang lain.

• Menjalankan aktiviti kumpulan berdasarkan kebolehan dan kesediaan murid.

• Bersikap jujur dan adil semasa berurusan dengan murid-murid.

• Jangan menggunakan perkataan “bodoh”, tidak melabelkan murid-murid kepada kumpulan “pandai” dan “lemah”.

• Tidak membuat diskriminasi di kalangan murid.

• Memberi fokus lebih kepada usaha murid berbanding dengan prestasi mereka.

Helah Bela Diri Positif Dan Negatif

Didorong oleg Ego sebagai strategi mental untuk membela diri semasa membuat pertimbangan daripada Id (berdasarkan keseronokan) dan Superego (Berdasarkan moral).

Dua Ciri Helah Bela Diri
1. berfungsi pada tahap bawah sedar.
2. memalsukan pesepsi realiti untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.

Jenis-jenis Helah Bela Diri:

1. Represi: menghalang pemikiran untuk berfikir secara sedar, membolehkan seseorang membuat helah belah diri.

2. Rasionalisasi: membantu seseorang mengurangkan kebimbangan dengan memberi penjelasan walaupun ia tidak jujur. contoh: saya tak dapat makan buah anggur sebab ia masam (beri sebab kerana tak dapat makan).

3. Projeksi: membimbing seseorang menyalahkan orang lain atas kesilapan diri.

4. Identifikasi: cuba membuat enyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti orang yang diminati.

5. Sublimasi: startegi helah belah diri yang boleh memberi kebaikan dan keuntungan apabila menyedari bhw tidak akan mendapat apa yang diingini.

6. Pemindahan: membantu seseorang mengalihkan perhatiannya daripada tekanan kepada sesuatu yang lebih seronok. contoh: melepaskan kemarahan kepada muird kerana dimarahi guru besar.

7. Regresi: beralihkan tingkahlaku pada peringkat perkembangan dulu semasa menghadapi masalah. contoh; menghisab jari semasa tidak dapat menyelesaikan masalah matematik yang sukar

8. Penafian: tidak mengaku setelah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh orang lain

9. Pembentukan reaksi: mengawal ekspresi diri, iaitu menyembunyikan perasaan sebenar dan menunjukkan reaksi sebaliknya.

10. Fantasi: berkhayal untuk menghapuskan kekecewaan kerana tidak berjaya.

11. Intelektualisasi: memendamkan emosi yang tidak menyenangkan dengan menghuraikan satu-satu situasi menggunakan penaakulan.

 


 

Gaya pembelajaran:
Cara setiap murid memberi tumpuan, memproses, menyimpan maklumat semasa belajar.

Jenis-jenis gaya pembelajaran
1. Gaya penglihatan: belajar berdasakan penglihatan, mempunyai keupayaan visual yang tinggi.

2. Gaya pendengaran: belajar berdasarkan pendengaran. mengingat maklumat melalui pendengaran, kemahiran berbahasa tinggi, mempunyai bakat muzik dan bahasa. mempunyai kemahiarn audio yang tinggi.


3. Gaya pergerakan: belajar lebih baik melalui pergerakan badan, suka mengaktifkan otot-otot kecil semasa belajar. selalu dilabel “hiperaktif”, keupayaan koordinasi badan yang tinggi.


Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

• Setiap individu mempunyai kekuatan yang berbeza.
• Persekitaran, sumber dan pendekatan membawa kepada kepelbagaian kekuatan.
• Persekitaran responsif membolehkan pelajar mencapai prestasi akademik yang tinggi,
• Kebanyakan guru menggunakan gaya pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran mereka.

4 jenis gaya pembelajaran dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn:

Gaya:
1. Pendengaran – suka pengajaran verbal, berdialog, berbincang dan bermain.

2. Penglihatan – suka demostrasi, carta dan BBM berbentuk visual.

3. Sentuhan – suka mencatat nota, suka melukis, melakar dan aktiviti “hands-on” seperti projek dan persembahan.

4. Pergerakan – boleh berfikir dengan baik semasa betgerak, suka aktiviti berkumpulan.


Implikasi Ke atas proses pengajaran & pembelajaran
• Guru perlu mengenalpasti gaya belajar murid-murid sebelum membuat perancangan pengajaran & pembelajaran.

• Guru perlu menggunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan gaya gaya pembelajaran murid.

• Membentuk aktiviti kumpulan berdasarkan gaya pembelajaran murid-murid

• Menyediakan bbm yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid-murid.
• Menyediakan persekitan kondusif yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid-murid

• Mennguakan teknik mengajar yang pelbagai untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid

 

Kemahiran Berfikir
 

• Proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Berfikir melibatkan:

Perkara yang difikir

Jenis-jenis pemikiran:
1. Pemikiran mendatar
2. Pemikiran menegak
3. Pemikiran kritikal
4. Pemikiran Kreatif
5. Pemikiran Divergen
6. Pemikiran Konvergen


1. Konvergen – menumpu pada satu jawapan, meringkaskan pelbagai jawapan kepada satu jawapan yang tepat. berdasarkan logik. 2. Divergen – terdapat beberapa jawapan dalam satu persoalan. Berdaya cipta dan boleh menghasilkan banyak idea yang asli dan unik. Melibatkan kepelbagaian, flrksibiliti, keaslian, terperincian.

3. Pemikiran Menegak – menfokus kepada satu penyelesaian yang betul dan membuat penerokaan terhadapnya secara mendalam dan terperinci.
4. Pemikiran Lateral – menfokus kepada sumber luar biasa, iaitu melihat suatu masalah dari pelbagai sudut yang berlainan, memepertimbangkan pelbagai alternatif semasa menyelesaikan masalah

5. Pemikiran kreatif – keupayaan menghasilkan idea yang banyak, penghuraian, keaslian, kelancaran, kemudahlentura. berfikir secara antonomi (bebas), minda yang holistik.
6. Pemikiran kritis – keupayaan menilai hujah, logik, pertimbangan tentang kebaikan dan keburukan. menggunakan intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu masalah.

 

 

1. Guru-guru di dalam menyediakan rancangan mengajar sudah biasa mengaplikasikan kemahiran ini.
2. Menyediakan aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid-murid
3. Menyediakan ujian yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
4. Menyediakan aktiviti yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid.
5. menyediakan persekitaran kondusif untuk menggalakkan pelajar berfikir.