Make your own free website on Tripod.com

Dr Chua Yan Piaw - Nota Lecture (KPLI-R)

Konsep Psikologi & Perkembangan | Fitrah Manusia | Falsafah Pendidikan

Personaliti | Bimbingan | Komunikasi | Peranan Guru

Falsafah Pendidikan
 

Maksud falsafah pendidikan:
Kajian mengenai makna, matlamat serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran.
kajian mengenai semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat.
berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia.

Falsafah pendidikan tradisional dan FP moden berbeza dari cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah.


Falsafah pendidikan tradisional

mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu.
manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Falsafah Pendidikan Moden
-individu boleh menentukan kdua-dua matlamat dan kedah untuk mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat
a. Tradisional

1. Mazhab Perennialisme
Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa.

Manusia bersifat rasionaliti. oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan.

tujuan pendidikan utama ialah mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa.

berfokus kepada perkembangan diri, iaitu manusia perlu diajar mengenai kemanusiaan dulu, bukan mesi atau teknik.

orang ialah manusia, oleh itu topik-topik mengenai liberal (tingkahlaku, pendapat, nilai, pengalaman, pengetahuan) perlu diajar sebelum topik-topik teknikal (kemahiran, latihan)

prinsip perkembangan perlu diajar sebelum fakta.

sbg contoh, dalam sins, ajar strategi penaakulan saintifik sebelum fakta sains.

kaedah sains seperti kaedah socratik diajar supaya murid lebih rasional dalam pemikiran.

nilai tradisional diajar secara eksprisit.

2. Mazhab Essentialisme

melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik.
pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan.
tujuan pendidikan ialah menyampaikan budaya dan ilmu.
menggalakkan perkembangan intelek dan kecekapan individu.
fokus: melibatkan mata pelajaran tradisional yang boleh digunakan pada masa depan. menekakan 3M dan pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep dan prinsip.
sekoalh sebagai fungsi akademik,
guru yang berkuasa menentukan kurikulum.
guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional.
guru sebagai model bernilai yang dicontohi.
menitikberatkan bahasa, sastera, matematik seni dan sains.

Falsafah Pendidikan Barat
b. Moden

1. Mazhab Progesivisme

berkembang daripada pragmatisme (berfikir secara praktikal dan munasabah dalam menyelesaikan masalah).
kebenaran adalah relatif dan tentatif.
pengetahuan membawa kepada perkembangan dan pertumbuhan.
kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir, bukan apa yang perlu difikir.
pendidikan harus menyedia pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masyarakat.

Kurikulum:
berdasarkan minat murid.
isi kandungan yang interdisiplin.
melibatkan aplikasi masalah manusia.
menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah, kaedah projek.
menekankan pengalaman langsung.
pembelajaran aktif.
pendekatan induktif untuk pengajaran.

Peranan Guru:
sebagai pembimbing.
murid digalakkan membina penerangan dan kefahaman sendiri.
pengajaran berpusatkan murid.

Peranan sekolah:
menggalakkan kolaborasi antara pelajar.
kurang menekankan pembelajaran persaingan individu.
berperanan demokratik
menggalakkan reformasi sosial dan penyertaan masyarakat.


2. Rekonstruksionisme

berasaskan progressivisme.
berhasrat membaiki dan pembangunan semula masyarakat.
membentuk corak masyarakat baru dan menghapuskan penyakit masyarakat merupakan tujuan utama pendidikan.
sekolah penggerak untuk memajukan kehidupan manusia melaluipd.
sekolah tempat membentuk masyarakat baru

Peranan sekolah:

mengenalpasti masalah mesyuarat yang menjadi krisis budaya.
memupuk sikap dan nilai positif.
meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mesyuarat.

Kurikulum:

menekankan kajian sains sosial.
menfokuskan trend masa kinidan masa depan.
menggalakan mata pelajaran yang boleh digunakan untuk mengenalpasti dan menyelesaiakn masalah mesyuarat.

Guru:
guru perlu memberi komitmen dalam membina mesyuarat baru.
agen perubahan dan reformasi.
membantu murid-murid menyelesaiakn masalah mereka.

 

Falsafah Pendidikan Islam (FPI)

Islam ialah ad-Din (cara hidup), segala amalan Islam berasaskan FPI.

berasas kepada ajaran Islam, yang diambil daripada wahyu (Al-Quran) dan Sunnah (amalan) Nabi Muhammad s.a.w.

 

FPI menerangkan perhubungan antara:
manusia dan Penciptanya (Allah)
manusia dan manusia
manusia dan alam persekitarannya.

Menurut Ibn Rushd (pakar FPI):
Manusia tidak mempunyai kawalan terhadap suratan takirnya. Allah yang menentukannya.

Pendidikan Islam bertujuan mendapat ilmu sebenar, iaitu ilmu tuhan dan ciptaanNya.

PI mendidik dan melatih minda manusia supaya manusia mencapai kepuasan dalam dunia ini dan mengelakkan diri daripada kesengsaraan di akhirat nanti.

Tujuan P. Islam
mendidik murid-murid:
bertingkah laku baik
mencapai kesempurnaan dohani
melakukan kebajikan
mengamalkan budaya yang halus
membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik (BPG, 2002)