Make your own free website on Tripod.com

Dr Chua Yan Piaw - Nota Lecture (KPLI-R)

Konsep Psikologi & Perkembangan | Fitrah Manusia | Falsafah Pendidikan

Personaliti | Bimbingan | Komunikasi | Peranan Guru

Potensi Manusia

Apakah maksud kecerdasan pelbagai?

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk berjaya dalam kehidupan.

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza.

Potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik melalui persekitaran yang kondusif dan cara yang sesuai.


Kecerdasan pelbagai (Howard Gardner, 1983)

1. Verbal / linguistik

Kemahiran bahasa.
Pemikiran simbolik,
Penaakulan abstrak,
Perkembangan menulis simbolik
Metafora, analogi dsbnya Meminta kanak-kanak mengarang dan membaca.
meminta kanak-kanak merumus dan bercerita semula setelah membaca.

Logikal/ matematik

Berfikir secara logikal,
Berfikir Induktif dan ke deduktif,
Mutlak,
Mengenali corak geometri
Mengamati konsep abstrak dsbnya Menyediakan aktiviti /permainan logik
Merangsang murid-murid berfikir secara logik.
Membawa kanak-kanak melawat pameran sains dan matematik.
 

Kinestatik

Anugerah pergerakan badan yang baik,
Aktif bergerak,
boleh mentafsir gerak isyarat,
Boleh membaca gerak-geri orang lain dsbnya
Memberi peluang kanak-kanak aktiviti fizikal
Menggalakkan aktiviti tarian dan sukan
Menyediakan tempat bermain
 

Spatial (Ruang)

Kebolehan mengesan imej,
Ingatan visual yang kuat,
Mengenali ruang 3-dimensi,
Suka berkhayal jauh ke ruang angkasa.
Menyediakan aktiviti teka silang
Aktiviti melakar bentuk 3-dimensi
Aktiviti meneka bentuk-bentuk


Muzikal

Keupayaan menghasil dan menhayati muzik,
Pendengaran yang tajam, boleh membezakan bunyi dengan baik
Memberi peluang kanak-kanak bernyanyi dan belajar muzik.
Menggalakkan kanak-kanak mereka melodi muzik sendiri
 

Interpersonal

Memahami dan berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan,
Keupayaan ganjil dalam memahami tingkahlaku orang lain.
Mudah mengesan perasaan & emosi orang lain dsbnya.
Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan
Menggalakkan kanak-kanak menyertai persatuan/kelab.


Intrapersonal

Mempunyai rasa kendiri yang kuat.
Perasaan intuitif yang kuat,
Rasa kebijaksanaan dalaman yang kuat,
Berupaya bekerja sendiri dengan baik. Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran.
Mendengar suara hati kanak-kanak
Menggalakkan kanak-kanak berimaginasi


Naturalis

Memahami alam semula jadi dengan baik.
Boleh apresiasi persekitaran.kebolehan mengenali corak dalam alam semula jadi dengan baik.
Membawa kanak-kanak ke alam semula jadi, muzium dsbnya
Mengadakan aktiviti luar bilik darjah.
Mengwujudkan pusat aktiviti semula jadi dalam bilik darjah.
 

Kecerdasan Emosi (EQ)

 

EQ mengandungi:
Kesedaran diri
Menguruskan emosi (diri)
Memahami emosi (orang lain)

Teori EQ Daniel Goleman

Kesedaran diri dan empati mempengaruhi darjat kejayaan seseorang individu.

EQ boleh diajar.

EQ memberi suatu kerangka luas untuk melihat dan menilai pengalaman personal & interpersonal.

Emosi memberi kesan kepada tingkahlaku, kejayaan profesional, sosial, dan darjat kesejahteraan fizikal kita.

Kecekapan kecerdasan emosi
1. Kecekapan personel

2. Kecekapan sosial

Cara-cara guru membantu murid mengurus EQ diri

Membantu pelajar dari segi:
1. kesedaran diri mengenal perasaan dan menamakannya.
2. menguruskan emosi belajar mengawal emosi diri dan mententeramkan emosi orang lain.
3. empati- melihat dan memahami orang lain dari perspektif yang lain.
4. berkomunikasi mengembangkan perhubungan yang positif dengan semangat optimisme.
5. berkerjasama- mengetahui cara dan bila hendaklah memimpin dan bila harus mengikut.
6. menyelesaikan konflik memahami cara menyelesaikan konflik melalui kawalan emosi.

Perbezaan individu

Perbezaan individu: pelbagai jenis murid berisiko, Pelbagai kebolehan, pelbagai kelas sosial, pelbagai budaya, pelbagai sosialisasi, tempat tinggal berbeza.

Jenis perbezaan individu Contoh
Fizikal Jantina, rupa, saiz badan dll
Kognitif Kebolehan berfikir, membuat penaakulan.
Sosial Bersosial, bersendiri
Emosi Beremosi, sensitif, riang, murung
Rohani Kepercayaan berbeza

Kesan perbezaan individu:
Sesetengah pelajar belajar lebih cepat / lambat,
Gaya pembelajaran berbeza,
Idea berbeza,
Emosi berbeza
Pegangan / nilai hidup berbeza
Kaedah menyelesaiakan masalah berbeza,


Kesan perbezaan individu dan implikasnya terhadap guru untuk meningkatkan hasil pengajaran & pembelajaran:

- Pengetahuan tentang perbezaan individu harus diambilkira semasa menyediakan rancangan pengajaran & pembelajaran.
- Menggunakan pelbagai kaedah/ teknik mengajar dalam pengajaran & pembelajaran.
- Menggunakan ABM yang berbeza.
- menyediakan pengajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajar.
- menggunakan pengajaran yang berpusatkan murid.
- menggunakan kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif.

 

Motivasi
 

Motivasi:
Berarah, bertenaga, berminat dan berkekalan dalam melakukan sesuatu perkara.

Dua jenis motivasi:
1. motivasi intrinsik azam diri, rasa ingin tahu, cabaran dan keinginan dalaman

2. motivasi ekstrinsik - intensif luar spt ganjaran dan denda

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi

Kepercayaan diri tentang keupayaan diri untuk melakukan sesuatu perkara.
Minat untuk melaksanakan suatu perkara
Rasa ingin seseorang untuk mencari secara mendalam tentang suatu perkara.
Keperluan untuk memperolehi maklumat tertentu.


Kesan motivasi ke atas murid
1. Kebimbangan
2. Perubahan sikap
3. Rasa ingin tahu
4. Tumpuan kawalan berubah
a. tumpuan kawalan luaran merasa nasib atas tangan sendiri
b. tumpuan kawalan dalaman merasa nasib atas kuasa-kuasa luar yang mengawal mereka.

5. Ketakberdayaan yang dimuridi kegagalan berulang kali sehingga putus asa.

6. Putus asa

Teori Behavioris Skinner

? Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran

? Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.

? Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Cara guru memotivasi murid
1. persekitaran / suasana pengajaran & pembelajaran kondusif.
2. pengajaran koperatif & kolaboratif.
3. penggunaan pengukuhan positif dan negatif.
4. menyediakan pengajaran & pembelajaran yang menarik
5. menggunakan BBM yang sesuai
6. menggunakan teknik mengajar yang pelbagai.
7. menyediakan pengajaran & pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid-murid

 

 

Implikasi motivasi dalam proses pengajaran & pembelajaran

a. menyediakan suasana pengajaran & pembelajaran yang kondusif

b. tidak terlalu bergantung kepada motivasi ekstrinsik seperti ganjaran.
c. percaya bahawa setiap individu murid mempunyai potensi untuk berjaya.

d. sentiasa berusaha meningkatkan motivasi intrinsik murid-murid

e. aktiviti pengajaran & pembelajaran harus sesuai dengan tahap kesediaan murid-murid

f. guru harus sentiasa melayani keperluan murid-murid

g. melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran & pembelajaran.